THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 12, 2010

BOY OR GIRL?


Merancang jantina bakal anak perempuan atau lelaki

Merancang jantina anak pun kadang-kadang menjadi konflik kepada ibu bapa. Ada yang mahukan lelaki dan ada pula yang mahukan perempuan atas sebab dan alasannya yang tersendiri. Ramai antara psangan yang bertanya di Mengandung.com ini menyimpan hasrat untuk miliki pasangan anak lelaki dan perempuan. Sekiranya dah punya anak lelaki sekarang ingin cuba pula ada anak perempuan. Namun tidak salah berusaha jika jalannya tidak menyalahi syariat dan tidak menjejaskan kesihatan.

Bagaimana caranya?

Kita tahu bahawa kehamilan berlaku apabila benih lelaki (sperma) bercantum dengan telur wanita (proses persenyawaan). Jadi biasanya penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang dihasilkan berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki @ kromosom Y dan anak perempuan @ kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.

Menurut Dr Hamid Arshat, dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat dan adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).

Benih yang membawa kromosom lelaki (Y) juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan (X) boleh hidup dalam cecair yang berasid.

Antara faktor- faktor yang dikatakan dapat membantu merancang jantina anak:

  1. Faktor Makanan
    Anak Perempuan - suami harus membanyakkan makan makanan beralkali manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid.
    Anak Lelaki - suami pula yang perlu ambil makanan berasid manakala isteri pula mengambil makanan beralkali.
    Contoh makanan beralkali: sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
    Contoh makanan berasid: daging, makanan laut dan sebagainya.

  2. Faktor Masa
    Anak Perempuan - kerap lakukan hubungan intim sebelum haid @ seminggu sebelum haid
    Anak Lelaki - kerap lakukan hubungan selepas selesai sahaja haid @ seminggu selepas haid

  3. Faktor Kedalaman
    Anak Perempuan - tidak perlu masukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri
    Anak Lelaki - perlu masukkan zakar lebih dalam paa vagina isteri

  4. Faktor Klimaks
    Anak Perempuan - suami klimaks dulu
    Anak Lelaki - isteri klimaks dulu

  5. Faktor Persediaan (Isteri) - petua
    Anak Perempuan - cuci kemaluan dengan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu cuka sebelum bersama.
    Anak Lelaki - cuci kemaluan dengan dengan semangkuk air yang dicampurkan satu sudu soda sebelum bersama.

  6. Faktor Kedudukan @ Posisi
    Anak Perempuan - suami di bawah isteri di atas
    Anak Lelaki - isteri di bawah suami di atas

Sekian. Selamat berjaya.

Jangan lupa usaha, doa dan tawakal.

0 comments: